
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian bawah breast kiri
hi saya umur 17. Saya tiba2 rasa sakit di bahagian bawah breast kiri masa saya nak tidur malam tadi. Ia cuma rasa sakit. Tidak bengkak merah merah atau sebagainya. bila saya pergi klinik, doctor kata saya demam (suhu 37) sbb tu saya rasa sakit kat bahagian bawah atau badan. Tapi saya ada search google tu salah satu symptom breast cancer ke? Saya cuma sakit di bahagian bawah atau itu sakit dada biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda alami pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab anda boleh berasa sakit di bahagian dada atau payudara di sebelah kiri:
- Radang selaput dada (costochondritis)
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang payudara (mastitis)
- Sista payudara (breast cyst)
- Kanser payudara
Ini hanyalah jawapan kami secara am memandangkan kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda perlu diperiksa oleh doktor secara fizikal dan klinikal untuk mendapat diagnosis yang sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:
- Demam
- Terdapat cecair atau darah yang keluar dari puting
- Payudara atau dada anda berasa sakit
- Sukar bernafas
Buat masa ini kami sarankan anda untuk sentiasa memantau keadaan anda dan sentiasa membuat pemeriksaan payudara sendiri.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.