
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian jantung seperti rasa kena gengam dn dicucuk
Saya wanita berusia 20, sejak akhir-akhir ni jantung saya berdekup gn kencang sgt, lepas tu sy rasa lemah sesak nafas semua, biasa nyer dlm 5-10 minit kadang2 lebih. Pernah sy berkerja dia pasal malam tiba2 jantung sy rasa mcm kena gengam, rasa sesak nafas, rasa nk pitam. Tapi benda ni x selalu lh. Tapi yg sakit dada tu selalu lh. Sy pernah berjumpa doktor dikelinik kesihatan tapi dia ckp sy gastric?? Masa tu jantung sy sakit sgt smpai sy menangis kadang2. Beberapa hari yg lalu sy menderma darah semasa cek dekupan jantuk doktor ckp benda yg sama jantung sy laju sedangkan sy x lh gugup sgt. Dan satu lagi sy nk tanya adakan ini disebabkan sy kemungkinan sy ada anxiety gn depression? Sy x pernah berjumpa doktor, sbb sy takut sape2 tahu jadi sy berdiam sahaja. Tapi kadang2 suara dlm otak sy srh sy mati. Sy susah tido mlm, sy takut gelap. Sy cuma blh tido waktu pagi kebiasaan nyer tpi klau gantuk sgt sy tertido. Sy jenis x mkn sgt waktu pagi tapi waktu mlm mkn byk?. Sy x pernah harm diri sendiri. Cuma ada pernah sekali yg rasa bersalah sgt. Tpi x mencederakn diri lh. Tu jer lh terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Ritma jantung tidak sekata atau laju boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.