
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian kelamin
Saya lelaki berumur 20an dibahagian kulit kelamin terdapat biji-biji apabila dipicit ia mengeluarkan cecair

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji-biji di bahagian kelamin seorang lelaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Ketuat
- Penyakit jangkitan seksual seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea dan HIV
- Jangkitan kulat
Memandangkan ia sakit dan mengeluarkan cairan, kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan. Akan tetapi, jangkitan mikroorganisma mana itu harus dipastikan melalui pemeriksaan tertentu. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.