Anonymous
4 tahun
Sakit dibawah ari-ari sebelah kiri
Saya wanita berusia 26 thn yg sedang hamil 7 bln. Saya mengalami sakit bawah ari-ari sebelah kiri sejak semalam. Kesakitan yg saya alami menyukarkan pergerakan saya. Adakah kesakitan ini disebabkan baby breech atau kesan saya berdiri terlalu lama semasa memasak malam sebelum itu @ bagaimana?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang puan berikan, sakit ari-ari sebelah kiri boleh terjadi kerana beberapa punca antaranya ialah:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- komplikasi ovari
- batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.