
Sulit
4 tahun
Sakit disekitar alat kelamin lelaki
Rasa pedih di sekitar bawah kepala zakar…tetapi tiada luka.kulit sedikit kusam dan gelap…adakah kanser

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi sakit di sekitar kemaluan. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan iaitu:
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin
Segera berjumpa doctor jika:
- Demam
- Susah atau kurang kencing
- Kencing berdarah
- Sakit abdomen
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini hanyalah keterangan am berkenaan masalah yang anda alami. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah