
yuhanis363
5 tahun
Sakit gusi dan stress
Masalah gusi dan stress selalu apa yang patut sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda disebabkan oleh simptom-simptom yang anda hadapi. Untuk masalah gusi anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pergigian untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang selanjutnya. Untuk masalah stress anda, anda boleh melakukan beberapa perkara untuk mengurangkannya seperti:
- bersenam
- meditasi
- mendengar lagu
- melakukan aktiviti kegemaran anda atau hobi
- menjalani terapi stress
- berkongsi masalah anda dengan seseorang yang anda percaya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.