
nbsnow.00
5 tahun
Sakit kepala bepanjangan
Sy berumur 27. Mengandung minggu 31. Sejak kelmarin mengalami sakit kepala tidak boleh tidur. Gaya mcm demam tp x tahu suhu sebetulnua berapa. Bermula selsema setelah bangun pagi inx daa any contact dengan patient yg disahkan positive. i. Perlu kah sy ke klinik kesihatan utk consult doktor sebab saya x tahu nk amik ubat apa. Atau sy boleh simply ammbil panadol. Reson sy bertanya sbb musim RMO, sy seriau nk kluar rumah kalau tak perlu, then i dont have to go.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, selesema dan sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Sinusitis
- Jangkitan Virus Influenza/Common Cold
Masalah sakit kepala pula boleh disebabkan oleh perkara seperti berikut:
- jangkitan kuman/ virus
- migraine
- tekanan darah tinggi
Buat masa ini, bagi masalah sakit kepala anda, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti Panadol. Jangan ambil ubat tahan sakit yang lain kerana khuatir terdapat bahan yang tidak baik untuk kandungan.
Jika anda mengalami bengkak pada kaki dan muka secara mendadak, muntah, sakit perut, kabur penglihatan dan sebagainya, anda harus mendapatkan rawatan di klinik tanpa mengira waktu RMO atau sebagainya kerana dikuatiri anda mengalami tekanan darah tinggi sewaktu mengandung. PERKARA INI AMAT PENTING
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Terima kasih.