Sulit
5 tahun
Sakit kepala berterusan lebih 7 hari
Kawan saya seorang lelaki berusia 22 tahun dan merupakan seorang perokok. Kerja di site. Baru baru ini dia mengadu sakit kepala yang teruk melebihi 7 hari hingga kini. Bermula dengan demam lebih kurang 5 hari kemudian sembuh, tetapi sakit kepala tidak sembuh sampai sekarang. Dia perasan lebih teruk pada waktu malam. Sakit kepala yang berdenyut berhari hari itu tak normal saya rasa kan Dr? Banyak klinik dah dapatkan rawatan, dari swasta hingga kerajaan. Tiada apa apa tanda yang dapat mengetahui punca sakit kepala tersebut. Dan diberi ubat sakit kepala. Namun tidak pulih sehingga sekarang lebih kurang 3 minggu, menghadapi sakit kepala yang berterusan. Mohon pencerahan dan penyelesaian.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum mendapat diagnosis yang sempurna, oleh itu saya sarankan untuk berjumpa dengan pakar.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































