
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan loya muntah
Saya wanita berumur 20tahun belum berkahwin,
Selalu mengalami sakit kepala then akan muntah,
Gejala sakit kepala kerap berlaku dlm 1bln skali
Boleh sarankan ubat utk hilangkan sakit kepala dan akadakah gejala ini merupakan migrain ?atau dr boleh sarankan ubt utk kurangkan sakit kepala sbb saya berkerja dan akan trganggu bila sakit kepala ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih