
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan loya
Saya wanita berusia 33 tahun dan mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan telah mengambil ubat dari klinik kerajaan.masalah saya adalah sejak kebelakangan ini saya sering merasa tidak selasa perut (saya juga ada masalah gestrik) dan kadang-kadang merasa loya dan ada masanya merasa pening seakan-akan mabuk. Adakah itu masalah jantung dan jika ianya masalah jantung apa yang perlu saya lakukan kerana saya merasa amat takut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit
- Jangkitan cacing dalam perut
- Penyakit ulser perut
- Jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- Kehamilan
- Sakit jantung
- Trauma tulang rusuk
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.