Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan mata yang beterusan pada bahagian kiri sahaja
Saya wanita yang berusia 25 tahun. Saya dah mengalami simptom selama 6 hari. Dan saya baru disahkan positif pada hari ke-6. Saya kurantin diri di rumah. Ada banyak simptom saya alami.
- demam
- batuk dan sakit dada
- hilang deria bau dan rasa
- mual
- sakit mata ( macam kena genggam biji mata tu)
- sakit kepala berterusan di bahagian kiri
- sentiasa letih
- berpeluh walaupun sejuk
Sakit mata and kepala tu normal ke?
5 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan dengan perkembangan gejala positif COVID-19. Namun buat sementara waktu, anda juga perlu faham bahawa akibat dari peningkatan kes yang terlalu tinggi & secara mendadak, terdapat beberapa perubahan terhadap perlaksanaan SOP rawatan bencana pandemik.
Justeru anda (dan keluarga atau teman sebumbung) harus beradaptasi dan mangambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan kuarantin sehingga keadaan beransur pulih. Sementara itu, anda dinasihatkan untuk menjaga jarak dan memakai pelitup muka sekiranya ingin keluar dari ruangan isolasi di rumah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Namun selain itu, ada juga beberapa gejala lain yang ditemukan dan dapat dialami oleh penderita, seperti pink eye (sakit mata), kelesuan dan lain-lain. Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah dan patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































