
diana_ahmad80
5 tahun
Sakit kepala & demam beserta batuk berkahak
Saya perempuan berumur 40thn.mengalami sakit kepala & demam dgn suhu antara 36.6°c ke 37.2°c.mempunyai batuk betkahak dan kdg kala selesema & hidung tersumbat.adakah itu normal utk demam biasa @ sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala, demam, batuk serta selsema yang dihadapi.
Saya kurang pasti dengan maksud anda berkenaas demam biasa. Namun saya beranggapan anda memaksudkan adakan demam yang anda alami disebabkanoleh masalah yang kurang serius atau sebaliknya. Namun begitu, saya tidak dapat memberikan jawapan seperti yang anda kehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Allergi
Jangkitan bakteria atau virus
Sinusitis (Keradangan sinus)
Demam denggi
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.