
Sulit
5 tahun
Sakit kepala ketika datng bulan
saya berumur 33 tahun,sejak dr awal period sy mmg menghidapi senggugut…ttp sejak beberapa bulan ini ia jd makin teruk apabila sy menghadapi sakit kepala setiap kali datang haid dan sakit kepala tidak berkurang walaupun saya makan ubat tahan sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala yang timbul semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migrain
- Anemia
- Dehidrasi
- Tension headache
- Extrapelvic endometriosis yaitu apabila sel rahim tumbuh di luar rahim
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri terdapat masalah kesihatan yang serius yang mendasari timbulnya gejala. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.