Sulit
5 tahun
Sakit kepala secara tiba-tiba selepas makan ubat tahan sakit
saya wanita berumur 22 tahun. 3 hari yang lepas saya jatuh tangga. ankle bengkak. saya pergi ke klinik berdekatan sehari selepas jatuh kerana sukar untuk berjalan. katanya tulang ada crack sikit. doktor KK suruh refer GH. bila refer di GH, doktor sana kata okay aje tiada masalah dan hanya perlu bandage, compress dan tuam ais. saya daoat ubat tahan sakit (tramadol HCI 50mg). selepas saya makan ubat itu, saya terus alami sakit kepala yang amat sangat, mual, muntah, ketidakselesaan sehingga kini. badan saya juga menggeletar dan rasa seperti tidak betul fikiran. adakah saya perlu hentikan pengambila ubat itu?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pertama sekali, pihak kami memahami kebimbangan anda iaitu adakah kesan sampingan ubat yang menyebabkan anda sakit kepala.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sinusitis adalah seperti sakit kepala, sakit pada bahagian muka, hidung tersumbat, hidung atau mata berair, demam dan juga muka menjadi merah. Sinus adalah ruang yang mempunyai udara dikelilingi tulang yang berfungsi untuk meringankan tekanan dalam kepala kita. Sinusitis akan terjadi apabila ruang yang mengandungi udara tersebut penuh dengan lendir yang dirembeskan apabila kita mengalami infeksi trakus pernafasan atas atau selsema yang berpanjangan. Disebabkan oleh itu, pesakit yang mengalami sinusitis akan berasa berat kepala dan tidak selesa dan sering kali penyakit sinusitis ini disalah anggap ianya sebagai serangan migrain.
Bagi kes anda, anda perlu merujuk dengan doktor sama ada untuk meneruskan atau menghentikan ubat yang anda rasa akan menyebabkan anda sakit kepala. Jika anda menghentikan pengambilan ubat itu, anda akan berasa sakit semula akibat tiada lagi kesan tahan sakit yang diberikan ubat itu. Anda boleh merujuk kepada doktor pakar.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

































