
Sulit
5 tahun
Sakit kepala selama 6 hari
Saya wanita berumur 20 tahun…saya mengalami sakit kepala sejak selasa lalu…pada khamis lepas saya telah mendapatkan rawatan di klinik kerajaan kerana sakit itu berlarutan hingga hari ketiga…ketika rawatan saya diminta untuk membuat pemeriksaan mata, darah kecuali nadi saya yg laju dan diminta untuk membuat pemeriksaan jantung…keputusan semua ok kecuali jantung yg denyutan tidak sekata… Doktor telah membekalkan ubat tahan sakit dan pening untuk seminggu…pada khamis ini saya perlu ke klinik semula untuk pemeriksaan jantung…untuk pengetahuan doktor sakit kepala saya masih tiada perubahan…sakit itu kadang2 semakin teruk…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Memandangkan doktor telah memeriksa anda, anda disarankan untuk mengambil rawatan seperti yang disarankan. Namun, jika ia berlanjutan, terdapat kemungkinan rawatan yang diberikan tidak bersesuaian, tidak tepat dan mungkin disebabkan diagnosis lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.