onescuba1
6 tahun
Sakit kepala,sukar memahami, hilng daya ingatan
Hai doc…saya mengalami sakit kepala di bhgian hadapan kanan depan…sya mengalami ini dlm 3bulan …bulan ni agak kerap berlaku,kadang2 menahan skit smpi tertido 2 hari…panglihatan saya agk kabur …dn sejak akhir2 ini saya mula tidak fokus pd sesuatu benda…cntoh…org mberitahu sesatu bnda agk lambat utk fahami…confius berfikir bnyk kali bru ok…padahal sebelum ini saya agk cpt menerima arahan/fokus /bertindak cepat dn berfikiran pantas…amat cepat mudah lupa sesuatu bnda…bila saya cuba ingtkn sakit kepala akn terasa ( saya bekas unit khas tentera)…pernah jatuh pitam merasa kebas stu badan x leh bergerak…x boleh bngun 3 hari…jika bngun badan kebas dn sakit kepala smpi merasa senak pada mata…kdng2 paintkiller yg pling kuat dn dos yg tinggi x leh hilngkn sskit kepala…time tu saya akn cuba tdo…pernah tdo dlm 5 hari berturut2…spara sedar…skrng agak kerap saya alami…utk makluman doc jga saya sorag penyelam yg agak extreme…tapi bila melakukan selaman x pernah alami sakit kepala…apa yg merisaukn saya tahap fokus dan ingatan saya smkin merosot…pernah terjadi masa tu saya perlu kesekolah ank utk tandatangan document ank…saya keluar rumah pergi ke sek…hanya smpi di hadapan sekolah saya terus ke kedai pergi minum tea…dn terus balik umah…padahal jarak rumah dgn sekolah hanya 5 minit…begitu cepat saya lupa…dan sejak akhir2 ini jgk bacaan darah jgk agak tinggi hipertensi tahap 1…drisegi kesihatan saya agk fit…amat menjaga faktor kesihatan badan (anggota medic combet)…pernah refer pd klinik ksihatan…hanye diketagorikn sbagai migrin biasa…dan saya rasa tahap daya ingatan saya smkin merosot teruk akhir2 ini…need advise…tq doc
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, [sakit kepala (https://www.doctoroncall.com.my/soalan/sakit-kepala-berterusan) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migrain
- Strok minor
- Kencing manis
- Kanser otak
Tanda awal kanser otak adalah seperti :
- Hilang berat badan tanpa sengaja
- Sakit kepala lebih pada waktu pagi
- Muntah yang teruk apabila bangun tidur
- Mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi sebarang kanser
- Penglihatan terganggu
- Masalah pemikiran dan personaliti
- Sawan
- Jangkitan otak
- Tekanan dalam otak meningkat
Sekiranya seseorang mengalami tanda di atas, sila segera ke hospital untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

































