
Sulit
4 tahun
Sakit ketika kencing walau tak pernah melakukan hubungan seks
Hai doktor, saya lelaki berusia 21 tahun.Nak tanya saya pernah rasa sakit pada bahagian kemaluan waktu kencing, lepastu bila saya tngok bahagian kemalaluan dia macam ada dua bintik putih dekat bawah kepala.Saya prnah syak ni mungkin penyakit kelamin tapi saya tak pernah buat hubungan seks.Dan lagi satu benda ni dah lama jadi sejak dari sekolah menengah. Kadang2 sakit kadang2 tak.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ketika kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
- Kecederaan pada alat kemaluan
Gejala bintik-bintik yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah