
Sulit
3 tahun
Sakit lelaki bahagian buah
Jarum luar klinik akibat sakit bengkak,saya nak minta perobatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham gejala sakit di bahagian testis atau buah zakar dan ia amat mengganggu anda. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Untuk pengetahuan anda, sakit di bahagian testis memerlukan perhatian anda kerana ia mungkin boleh berpunca daripada masalah lazim atau biasa ataupun masalah yang lebih serius .
Berdasarkan kenyataan yang diberikan, antara punca yang menyebabkan anda mengalami gejala sakit di bahagian tersebut adalah:
- Radang testis ( orchitis )
- Radang prostat ( prostatitis )
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin
Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti kanser testis .
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini :
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sukar atau kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
- Terdapat bengkak di kawasan testis anda
- Kesakitan menyebabkan gangguan aktiviti harian dan tidur
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.