
Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian ari ari dan punggung
Saya remaja berumur 17 tahun, saya selalu sakit pada bahagian ari ari secara tiba tiba. Sakit sehingga kaki saya terasa tegang dan tidak selesa. Punggung saya berasa sakit apabila duduk. Pinggang belakang saya turut sakitt… Saya juga keputihan saya juga selalu dalam keadaan yang banyak dan jernih. Adakah saya mmpunyai tanda tanda kanser serviks?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada bahagian ari-ari dan punggung. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini. Antaranya ialah:
- Masalah ginekologi (Senggugut, Masalah di rahim atau serviks)
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
Berkenaan dengan keputihan, keputihan terbahagi kepada keputihan yang normal dan juga tidak normal.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Keputihan yang normal atau fisiologi
- Keputihan ini dapat dilihat dalam wanita yang sedang subur ataupun sebelum datang haid. Kebiasaannya ia berwarna putih atau krim dan kadangkala berlendir.
Keputihan yang tidak normal atau patologik:
- Keputihan ini kebiasaannya menandakan seseorang mempunyai masalah kesihatan. Ia berwarna kekuningan ataupun hijau dan boleh disertakan dengan bau yang busuk. Kawasan persekitaran pula akan menunjukkan tanda-tanda inflamasi seperti kemerahan dan kegatalan. Terdapat beberapa punca keputihan tidak normal, antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Akan tetapi, untuk mengetahui punca sebenar masalah dan mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih