
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian ari2
Dah sebulan saya tak datang bulan. Masa tak datang bulan tu saya ada sakit bahagian ari2 sampai saya tak boleh nak tidur. Masuk bulan baru ni dah hampir seminggu tekak asyik rasa nak muntah. Dalam sehari tu muntah 1/2 kali. Adakah saya menghadapi cyst?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami haid lewat selama sebulan dan gejala loya dan muntah. Kami akan cuba membantu anda. Namun, keterangan anda adalah terlalu umum dan kami memerlukan maklumat tambahan untuk memberikan anda diagnosis yang lebih tepat.
Masalah haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Stres
- Masalah berat badan (terlalu tinggi atau terlalu rendah)
- Anemia
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- PCOS
- Kehamilan
Manakala, sakit pada bahagian ari-ari boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada sistem reproduktif ataupun masalah kencing kotor. Kami menyarankan anda untuk merujuk masalah anda kepada doktor supaya puncanya dapat dikenal pasti dan seterusnya dirawat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan