
Sulit
4 tahun
Sakit pada tulang bahu kiri,jantung sakit setiap kali bernafas
Saya perempuan berumur 16 tahun,sebelum ini jantung saya sering sakit dengan tiba-tiba.Tetapi pada malam ini jantung saya sakit setiap kali saya bernafas.Bahu kiri saya sangat sakit.Ia mula sakit bila saya fikir banyak hal.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Keradangan tulang rusuk
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi