
Sulit
2 tahun
Sakit perot yang berpanjangan
Asalammualaikum / good morning
Saya faddrullah. Maaf mngngu. Saya nk tanya saya sakit perut yg berpanjangan.almost 2 week saya sakit. Saya dh pergi ke klinik mediviron die bg saya omoprzle. Saya makn sampai habis. Saya pegi kali kdua dia bag pento tapi saya makan sakit masih ade juga. Sjak semalam saya trasa sakit sgt saya pgi chk ke klinik kerjaan kg pandan. Tpi doctor tak cek die tanya saya sakit ape dan saya jawab die hanya bg ubat kapur sahaja. Tpi saya makn sakit masih berlarutan sehingga skrg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit perut berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency iaitu kekurangan sejenis enzim perut
- Pelvic inflammatory disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.