
ssubashini460
5 tahun
Sakit perut bercucuk cucuk
Selamat sejahtera doctor. Saya berusia 19 tahun dan pelajar asrama. Saya mengalami sakit perut selama 3 hari dan berasa cucuk di tengah tengah perut. Apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti lokasi sakit perut, jadual pemakanan, riwayat alergi, usia, riwayat kesihatan keluarga dan sebagainya.
Secara umum, sakit perut yang timbul secara tiba-tiba dapat terjadi disebabkan oleh:
- Sembelit
- Demam tifoid
- Dengue
- Amebiasis hati (jangkitan hati)
- Food poisoning
Bagaimanapun, gejala yang anda jelaskan disini adalah singkat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.