Sulit
2 tahun
Sakit perut cucuk selepas bersama
Saya wanita berusia 20an saya berasa sakit perut cucuk cucuk selepas bersama apakah tindakan yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Jangkitan kuman
- kecederaan akibat trauma
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Begitu juga untuk menentukan ada atau tidak luka pada kawasan faraj anda.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.