
Sulit
5 tahun
Sakit perut dan demam yang teruk
salam, saya seorang remaja perempuan dan berumur 18tahun, kelmarin malam saya didatangi sakit perut secara tiba2, sakit yg tidak selesa di bahagian kanan dan kemudian ke bahagian semua perut, selepas subuh perut saya semakin sakit sehingga tidak boleh tidur, selepas subuh itu jugk saya demam, selepas itu saya makan panadol, selepas makan panadol saya muntah balik, tapi lepas muntah tu perut saya terus rasa lega, keesokkanya pula saya demam makin teruk sehingga menggigil dan hilang selera makan serta muntah dan sakit perut saya kembali sakit semula, terasa senak sangat sehingga tidak boleh berdiri dan nak tarik nafas juga sakit, boleh saya tahu kenapa ? adakah salah makan atau sembelit ? kerana saya tak buang air besar sejak haritu dan perut saya sebu2 ,terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
- Sakit belakang saraf
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Batu karang di sistem saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sekiranya sakit perut anda semakin teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.