
Sulit
5 tahun
Sakit perut dan kadang kala cirit
Sy pernah melakukan aktiviti berisiko (sex with
Sex worker) tetapi menggunakan kondom pada 31
Ogos tahun lepas…Sy sudah buat saringan hiv combo
di klinik kesihatan selepas 3 bulan dan 6 bulan (awal bln 4) hasilnya Non reactive…3 Hari lps sy ade COD makanan lps tu sy sakit perut…Dah pegi klinik tp still xhilang
sakit(memulas)…Adekah sy menghidap Hepatitis or Hiv.
Sy tak tenteram skrg ni…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit
- Jangkitan cacing dalam perut
- Penyakit ulser perut
- Jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- Radang hati
- Kecederaan tulang rusuk
- Keradangan pankreas
Jangkitan HIV sering menyebabkan tanda-tanda yang tidak spesifik seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, ruam, sakit sendi, bengkak kelenjar limfa, sakit sendi dan mudah letih.
Oleh itu, anda berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan HIV berdasarkan gejala yang telah anda gambarkan di atas terutamanya jika anda mengamalkan perbuatan berisiko tinggi seperti hubungan seks bebas, hubungan kelamin tanpa perlindungan dan menggunakan dadah.
Human immunodeficiency virus atau HIV merupakan sejenis virus berbahaya yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. HIV biasanya merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu yang menghidap HIV.
Jangkitan HIV merupakan sejenis jangkitan kelamin. Jika anda mengamalkan hubungan seks tanpa perlindungan, anda berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan kelamin lain seperti sifilis dan hepatitis B. Sifilis dan hepatitis B merupakan kondisi yang boleh menyebabkan gejala anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.