
Sulit
4 tahun
Sakit perut hampir seminggu
Hi diktor saya berumur 23 tahun lelaki. Sakit perut saya dtg pagi atau lepas makan. Buang air besar lancar. 2 3 hari pertama perut rasa pedih sekarang dah tak pedih cuma rasa memulas. Akan jadi lebih sakit bila makan pedas. Tapi biasanya selepas makan dan pagi. Sakit biasa rasa atas abdomen dan bawah pusat hampir dengan kemaluan. Apa saya patut buat terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Makanan pedas juga perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan ulser atau keradangan menjadi lebih teruk. Perut juga akan berasa sakit sekiranya makan makanan pedas walaupun selepas pulih.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.