
kamar720730
5 tahun
Sakit perut rambut gugur dan tidak datang haid
Hi saya baru lepas bersalin dalam awal bulan 2 haritu lepas saya abis pantang saya perasan saya tidak datang haid cume aritu sekejap je dalam 2 ari but i think bukan piried Or normal bru lpas bersalin but sampai sekarang bulan 7 still x piried…semenjak saya x piried perut saya macam sakit sengugut tapi x kerap bile da masuk bulan 7 makin kerap sakit sengugut dan kadang2 macam memulas…rambut saya pun mule gugur bole saya tahu ape yang saya patut buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari. Disamping itu, pertumbuhan rambut juga dapat dipengaruhi sedikit sebanyak oleh hormon wanita. Oleh itu, dapat dikatakan masalah ini boleh terdiri atas banyak penyebab. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Element5 Digital