nurazhani.00
5 tahun
Sakit perut & sakit belakang
Salam dan hai.saya remaja berumur 20 tahun.saya mengalami sakit di bahagian abdomen serta sakit belakang.saya merasa ingin membuang air besar,tapi tidak.saya meletakkan minyak angin di bahagian perut dan belakang badan.kondisinya masih sama.Bila saya tekan perut,sangat sakit.Saya juga kentut.adakah mempunyai masalah dalaman?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit
- Jangkitan cacing dalam perut
- Penyakit ulser perut
- Jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- Kehamilan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























