
Sulit
5 tahun
Sakit perut selepas makan ubat
Ibu saya mengalami sakit urat yang teruk . Selepas berjumpa dengan doktor,doktor mendeskripsi ubat urat kepada ibu saya . Namun begitu,setiap kali selepas makan tersebut ibu saya mengalami sakit perut yang agak teruk walaupun ibu saya telah mengambil makanan sebelum makan ubat . Adakah ibu saya menghadapi gastrik? Apakah yang perlu dilakukan supaya ibu saya lakukan supaya dia tidak lagi sakit perut selepas makan ubat urat tersebut? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit
- Jangkitan cacing dalam perut
- Penyakit ulser perut
- Jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- Keradangan pankreas
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.