
lordharuka
5 tahun
Sakit perut selepas melakukan sex
Salam sejahtera kepada doktor. Saya wanita berumur 20-han. Saya telah melakukan sex 2 hari lepas dan pasangan saya pancut didalam tanpa sedar. Tetapi pada hari yang sama saya telah makan pill postinor2 selepas 4 jam melakukan sex. Keesokkan hari nye saya makan lagi satu pill pada jam yang sama. Tetapi sudah 3 tiga hari saya mengalami sakit perut di bahagian rahim. Adakah sakit saya ada kene mengena dengan pill yang saya makan atau hanya sekadar sakit perut biasa? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat Postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih