
Sulit
4 tahun
Sakit perut sudah seminggu,tidak boleh kentut dan berak,
SAYA BERUMUR 36 TAHUN.
MENGALAMI SEMINGGU SAKIT PERUT BELAH KANAN.SAYA TIDAK BOLEH BERAK ATAUPUN KENTUT.
SUDAH KE HOSPITAL BUAT X RAY UTK MENGESAHKAN SAMA ADA APPENDIX ATAU BATU KARANG, AKAN TETAPI TIADA APA2.DOKTOR CUMA BG ANTIBIOTIK BERKEMUNGKINAN KENCING KOTOR.
JIKA SAYA MENGGUNAKAN ENEMA (UBAT UTK BERAK) ADAKAH DI GALAKKAN…
MOHON DOKTOR BG CADANGAN UTK MASALAH SAYA KERANA SAKINYA BERLARUTAN.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan yang disampaikan sering dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Kesan sampingan dari sesetengah ubat-ubatan
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
- Pre Menstrual Syndrome: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- Komplikasi dari kencing kotor
- mahupun Gangguan pencernaan yang lain
Untuk mengetahui kondisi kesihatan anda saat ini saya tetap sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secara langsung. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).