
Sulit
4 tahun
Sakit perut tanpa sebab
saya wanita berumur 21 tahun. sejak akhir akhir ini dalam 3-4 minggu saya kerapa mengalami sakit perut tanpa sebab. sakit tersebut menyerang saya dengan tiba tiba. sama ada saya makan atau tidak makan, saya tetap akan sakit perut. kadang pukul 2 pagi tiba tiba sakit, sedang drive tiba tiba sakit, sakit perut saya tak lama dalam 10-30 sahaja tapi dalam masa tersebut sakit yang tidak terkata. saya tak boleh nak buat apa apa melainkan baring dan tunggu dia hilang secara perlahan. kitaran haid saya berjalan dengan lancar. saya makin kerap sakit hampir hari hari dalam seminggu ni.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.