
Sulit
4 tahun
Sakit pingang belah kanan
Saya wanita berumur 20tahun. Baru baru ni saya sakit pingang di belah kanan. Lagi lagi waktu baring bila bergerak je sakit. Tapi bila bangun duduk cangkung tak rasa sakit. Period saya pun keluar sikit je. Adakah masalah saya berkait?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit di bahagian pinggang anda. Ini merupakan pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Antara punca mengapa anda mengalami sakit pinggang di sebelah kanan barangkali adalah disebabkan oleh berikut:
- Radang appendiks (Appendicitis)
- Jangkitan pada organ reproduktif (Pelvic inflammatory disease/PID)
- Ovarian torsion
- Batu karang di buah pinggang ataupun salurannya
- Jangkitan saluran kencing (Urinary tract infection)
- Penyakit kelamin (Sexually transmitted infection/STI)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk menjawab masalah anda, kami tidak dapat memberikan penjelasan sama ada sakit pinggang yang anda alami itu berkait dengan haid anda kerana ianya perlu pemeriksaan yang lebih lanjut oleh doktor dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai soalan lanjut dan masih ragu-ragu, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) dan dapatkan konsultasi peribadi daripada doktor-doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.