
Sulit
5 tahun
Sakit pinggane belah kiri dan nyeri pada Perut
Pinggang sebeah kiri sakit dan sukar untuk berjalan serta bergerak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi pihak kami membuat kesimpulan. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah otot: terseliuh, penat, kejang
Masalah urat saraf
Masalah buah pinggang: jangkitan buah pinggang, jangkitan saluran air kencing
Masalah sistem peranakan: sista ovari, fibroid
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.