Sulit
5 tahun
Sakit pinggang belakang dan period lambat
Saya dh brkhwin lbh kurang 3 bulan lbh…stiap bulan period saya xtratur. Tp lmbt 2,3 hari…utk bulan ni saya xdtg priod dh smggu lbh dh…bebrapa hari sebelum ni sya ad cek utp tp hasilnya -ve…payudara sakit…perut pn sakit kekadang…adakah saya mgandung. ? Sb simptom tu dh byk hari tapi priod tk dtg2…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama seminggu lebih hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























