
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan mual
doc, saya lelaki berumur 21thun. pinggang bahagian belakang sering sakit ketika saya buat kerja yg menyebabkan bongkok walaupun tidak lebih 2minit. beberapa hari lepas. saya sering rasa mual ketika berpuasa tanpa muntah, dan bahagian belakang rasa sakit walaupun duduk bersila hanya sekejap. ini baru berlaku 2 hari lepas. saya tidak mempunyai apa2 rekod kesihatan yang serius. terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah tulang belakang
- Ketegangan otot belakang
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
Masih gusar dengan gejala mual yang dialami? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit perut dan ari-ari
- Sakit atau/dan pening kepala
- Mual dan muntah
- Sakit belakang
- Kerap dan sakit ketika membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.