puteriputeri997
5 tahun
Sakit pinggang pada kanan
Saya berumur 22 tahun, dalam 3 hari ni saya kerap sakit pinggang sebelah kanan. Apabila mahu membuang Air besar akan rasa sakit pinggang hingga ke Kaki sebelah kanan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Antaranya ialah:
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis ) atau tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Batu karang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih. 



































