
hanimsamsudin78
5 tahun
Sakit rusuk kiri di belakang
Saya seorang wanita berusia 20an . Saya nak tanya saya rasa teramat sakit di bahagian kiri rusuk di belakang. Sehingga nak tunduk saya rasa kesakitan teramat sangat. Saya nak buat macam mana ya ? Adakah penyakit ni merbahaya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, beberapa kumpulan penyakit yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa keadaan penyakit seperti:
- masalah jantung seperti acute coronary syndrome
- masalah muskuloskeletal seperti costochondritis (keradangan tulang rusuk), cervical syndrome
- masalah psikiatri seperti anxiety ataupun panic attack
- Keradangan paru-paru
Sejujurnya, keterangan yang anda berikan masih belum lengkap untuk doktor mengenalpasti secara tepat diagnosis ataupun penyakit penyebab keluhan anda. Justeru, untuk merujuk doktor secara langsung, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.