
Sulit
3 tahun
Sakit sekali gus, sakit belakang tengah antara tulang kipas, tulang rusuk kanan kiri & juga di bahagian dada. Terasa seperti pedih ulu hati, sukar bernafas, sejuk kaki tangan, pening bahagian mata, terasa hanyut, saya ada thalassemia alpha
Saya wanita umur 31 tahun. Saya mula alami sakit ni ketika hamil 7 bulan lebih. Sakit seperti pedih ulu hati, sakit pada tulang belakang, sakit pada tulang rusuk. Kejadian pada waktu malam, tahap teruk, sukar bernafas, sampai waktu pagi sebab sukar utk tidur. Sejuk kaki tangan, sampai biru bibir gigil, & biru kuku serta jari. Saya tak boleh baring. Saya hanya boleh duduk sahaja ketika sakit ni. Walaupun saya Membuang, tetap rasa sakit tu ada. Cth : mula sakit jam 10 mlm pukul 7 pagi baru sy dapat tidur sbb dah terlampau letih. Time mengandung tu baby kerap mengeras sepanjang sakit tu. Sakit datang Tiba-Tiba sampai tak boleh agak punca apa. Masa saya nak melahirkan anak pun, masa 38 minggu show off blood, pergi hospital, sbb dah rasa sakit seperti di atas, doktor cek jalan 2 cm, tapi saya gelisah di sebab kan keadaan tersebut. Kemudian saya muntah kuantiti banyak, hilang sakit tu. Tapi saya tetap di induce sbb ketuban kurang. Malam di hospital sakit berulang jugak, 3 pagi macam tu, bila pening & muntah baru boleh tidur. Alhamdulillah Selamat melahirkan. Tetapi sakit ni tetap ada semasa tempoh berpantang. semalam saya alami lagi, dan sepanjang hari rasa sakit belakang, malam ni juga sakit sekali gus tu ada cuma tak seteruk semalam. Saya kentut je, semasa sakit tu Saya Membuang, & paksa minum air bergas, sendawa & muntah. Tapi sakit tu tak hilang sampai pukul 1 pagi, saya tertidur dgn sendiri nya. Kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami pedih ulu hati, sakit pada tulang rusuk, belakang, bahu, sejuk kaki, tangan dan perasaan tidak sihat secara amnya. Perkara ini berlaku sejak trimester ketiga dan sehingga kini setelah bersalin. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda alami. Antaranya:
- Kecederaan pada tulang belakakang atau otot
- Slip disc
- Sakit dan radang tulang rusuk
- Anaemia
- Gastrik
- Asma
- Pulmonary embolism
Berikut merupakan diagnosis umum perihal penyakit yang boleh menyebabkan gejala anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Kami menasihati agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan