
Sulit
4 tahun
Sakit sengugut tapi tidak period
Selamat pagi doktor,saya wanita berumur 32thn…saya mengalami sakit seperti sengugut selama 3 hari ke harini.saya juga mengalami faraj berair dan berbau tidak sedap…period saya memang tidak teratur sekejap datang awal bulan,tengah bulan tak pun hujung bulan…bulan feb ni saya period pada 15 hrbln selama tiga hari sahaja.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala senggugut yang disertai faraj berair, berbau dan kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.