
Sulit
4 tahun
Sakit seperti hirisan pisau dalam kemaluan
Terasa sakit seperti hirisan di dalam zakar…keputusan ujian bukannya batu karang…setiap malam mengalami ereksi seperti pariapsm…ketika ini sedang mengambil ubat radang saluran kencing…kepala zakar juga sering menggelupas…apakah yang berlaku…sudah hampir 9kali berjumpa doktor tetapi hanya memberikan ubat than skit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah zakar sakit ketika menegang boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Kecederaan pada zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah