
Sulit
4 tahun
Sakit tekak, badan seram sejuk bila waktu malam, takde rasa selsema cuma gatal2 hidung
Salam. Saya pesakit resdung dan gerd. Selasa (12/1/21) Saya selsema, lps mkn ubat sinus Saya dah ok. Cuma awal pagi jumaat (15/1/21), tiba2 Saya rasa sejuk dan badan mengeletar. Mkn panadol. Lega,tp bila masuk maghrib/mlm, terasa sakit tekak, dan sakit sendi2 lutut.
Utk info, Saya dari 30/12/20 - 10/1/21 Saya pulang ke kpg (kedah n perak (waktu tu zon kpg Masih hijau).
Adakah Saya disyaki terkena jangkitan atau demam viral?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
- Tersekat benda asing
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan bagi menghasilkan kesimpulan yang sempurna.
Memandangkan sekarang kes COVID-19 di Malaysia sedang memuncak, anda digalakkan untuk selalu memantau gejala yang anda alami. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.Terima kasih