
Sulit
5 tahun
Sakit tekak berkahak tetapi tidak banyak
Saya mengalami sakit tekak (mild) dan berkahak sedikit tak banyak, selalu berdehemdan, lidah rasa tak selesa dan suara macam nak serak. Kadang² sakit dada sedikit.

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman atau virus
- Masalah tonsil (jangkitan/ keradangan)
- Pharyngitis
Masalah sakit dada pula boleh disebabkan oleh beberapa sebab:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.