
Sulit
4 tahun
Sakit tekak cirit birit
Saya wanita berumur 24 tahun. Dua minggu lalu saya mengalami kesukaran untuk bernafas. Saya telah berjumpa dengan seorang doktor tetapi beliau mengatakan pernafasan normal dan saya mungkin terlalu risau atau terlalu letih. Tetapi saya tidak ada melalukan apa2 pekerjaan yang membuatkan saya berasa letih. Beberapa hari selepas berjumpa dengan doktor saya tidak mengalami sesak nafas lagi. Tetapi, semalam saya merasakan yang saya mula sakit tekak. Tetapi batuk demam semua tu tidak ada. Dan satu lagi, saya juga mengalami cirit birit selama tiga hari yang lalu. Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
Cirit-birit pula boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Pengambilan teh ‘detox’
- Pengambilan kopi secara berlebihan
- Pengambilan air secara berlebihan
- Banyak mengambil sayu-sayuran dan buah-buahan
- Radang usus
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya keadaan anda bertambah teruk, anda harus berjumpa dengan doktor kerana cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan dehidrasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.