Sulit
4 tahun
Sakit tekak pada kerongkong
saya lelaki berumur 22 tahun. saya mengalami sakit tekak 3 hari dan belum mempunyai kahak. saya bimbang kerana saya takut penyakit lain yg menyerang sy
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sekiranya sakit kerongkong tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.