
Sulit
4 tahun
Sakit tekak rasa pedih dan macam ada sesuatu
Saya gadis 20 tahun,saya dah sakit tekak lebih pada sebulan,tapi tak hilang suara,tak demam cuma ada batuk batuk dan kahak sedikit.saya sakit tekak tu ada lah berulang kali jadi lebih kurang 4-5 kali dalam masa sebulan lebih nih,tapi hampir setiap masa saya rasa macam ada sesuatu di tekak,rasa macam ada sensasi pedih kat tekak, takdaklah rasa sakit sangat nk menelan sebelum ni tapi semakin lama semakin sakit,cuma suara apa tak berubah.memandangkan saya ada tmd atau tmj tuh,telinga saya mmg selalu sakit jadi saya tak tahu sama ada sakit telinga sekarang ni berkait tak.benda ni dah jadi sebulan lebih, dan mengangu keselesaan saya.apa yg patut saya buat?perluka saya berjumoa doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat pelbagai penyebab sakit tekak, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
- Tersekat benda asing
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan bagi menghasilkan kesimpulan yang sempurna.
Memandangkan sekarang kes COVID-19 di Malaysia sedang memuncak, anda digalakkan untuk selalu memantau gejala yang anda alami. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.Terima kasih