
Sulit
4 tahun
Sakit tekak selama seminggu dan sakit dada serta susah bernafas
Hi doc, sy wanita berumur 38thn, mengalami sakit tekak yg tidak kuat selama seminggu dan kini telah 3 hari sakit dada seakan ketat utk bernafas. Sy telah rehat namun masih terasa sakit dada. Sakit turut terasa sehingga ke belakang dan apabila sy menggerakkan tgn terutama sebelah kiri. Boleh saya tahu simptom apakah ini? Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Sakit tekak dan mulut memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- komplikasi dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
Disamping itu, sakit dada dan susah bernafas yang dialami boleh terkait dengan gangguan di atas, namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan jantung
- tanda-tanda gangguan pernafasan
- atau gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.