Sulit
3 tahun
Sakit tulang adakah symptom covid19?
Hi doktor. Boleh saya tau kenapa setiap kali suhu badan saya panas, saya akan rasa sakit2 tulang di bahagian jari… saya tidka boleh pegang apa apa objek dan jika berbuat demikian tangan lenguh yg teramat sgt. Saya berumur 25 thn. Bimbang jika ada masalah kesihatan yg lain… skrg ditambah pulandgn covid issue hmm
5 tahun
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan dengan sakit tulang. Berikut merupakan punca kepada sakit tulang yang anda alami:
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Trauma pada sendi
- Jangkitan pada tulang
Berikut adalah simptom 2019 Novel Coronavirus COVID-19:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
























