
Sulit
4 tahun
Sakit tulang di dada
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr. Sy kerap sakit tulang dada. Sebelum ni sy dah pergi klinik dan Dr berikan ubat tahan sakit, vitamin saraf, sakit otot dan ubat tahan sakit pada bulan lepas. Sekarang pula sakit tulang di bahagian dada lebih kerap bila sy bangun dari katil dan memijak lantai. Bila tidur pula jika baring pada satu sisi dada juga akan merasa sakit. Mohon pandangan Dr bagi perkara tersebut. Terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai kekerapan sakit pada tulang dada anda, apata lagi anda telah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Masalah pada dada boleh disebabkan oleh pelbagai struktur yang berada pada lokasi tersebut. Maka, maklumat lanjut diperlukan untuk benar-benar mengenalpasti tulang atau sebaliknya yang terlibat. Hal ini kerana setiap struktur mempunyai rawatan yang berbeza. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.